penapis air cuckoo mineral

Bagi sebuah rumah, tidak lengkap andai tiada penapis air Cuckoo. Penapis air adalah salah satu keperluan utama di rumah untuk memudahkan urusan kerja seharian di dapur.

1. Senang Buat Air Minuman dan Kerja Dapur

Badan kita perlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air minuman atau 2 liter air setiap hari. Jadi, keperluan untuk menyediakan air yang banyak ini sangat mustahak.

Setiap hari kita kejar masa dan sibuk. Tiada masa untuk masak air kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.

Dengan penapis air yang ada fungsi air sejuk, panas dan suam, kerja sediakan air untuk tujuan minum, memasak dan sebagainya menjadi sangat pantas.

Banyak masa, tenaga dan wang dapat dijimatkan hanya dengan ada penapis air di rumah.

2. Air Mineral yang Penuh Khasiat

Perbezaan penapis air mineral dan reverse osmosis (RO) adalah khasiat di dalam air. Air mineral lebih berkhasiat kerana mempunyai mineral yang dapat menyihatkan tubuh badan.

Penapis air Cuckoo mengekal dan membekalkan mineral yang baik, seperti kalsium, kalium, natrium, dan magnesium pada air.

Air RO secara amnya akan mengeluarkan garam, mangnasium, besi, flourida, plumbum, dan kalsium. Ada pengguna bimbang tentang penyingkiran mineral daripada air minuman oleh RO. Jadi air yang ditambah dengan mineral akan menjadi sumber air minuman yang lebih baik.

Air mineral sesuai jika kita inginkan kesihatan dari mineral manakal air RO jika kita ingin kurangkan risiko penyakit. Namun secara umumnya, kedua-duanya adalah baik.

Baca: Tips Memilih Penapis Air Cuckoo yang Sesuai Mengikut Keperluan Rumah

3. Ada Promosi Untuk Lebih Jimat

Cuckoo sentiasa membuat promosi supaya pengguna dapat menikmati air yang bersih, selamat dan sihat pada harga mampu milik. Contohnya, promosi 2023, penapis air King Top hanya RM55 sebulan.

Dengan kos RM55 sebulan, anda hanya membelanjakan kira-kira RM1.90 sehari untuk menikmati air yang ditapis.

Bukankah ia satu pelaburan yang sangat baik untuk kesihatan keluarga?

4. Penapis Air Cuckoo ada Pengiktirafan Halal

Halal adalah keperluan kepada kita umat Islam. Mencari yang halal dan baik sangat dituntut oleh agama. Penapis air Cuckoo juga mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM.

Pengiktirafan Halal JAKIM kepada CUCKOO.

Jadi kita sebagai pengguna yang prihatin tanpa ragu-ragu dapat mengggunakan penapis air Cuckoo di rumah atau pejabat.

5. Pemasangan dan Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia

Kos pemasangan penapis air Cuckoo adalah RM265. Namun, buat masa sekarang Cuckoo tidak mengenakan caj dan memberikan secara percuma untuk tujuan pemasangan dan penghantaran.

6. Boleh Pasang Penapis Air Walaupun Guna Air Bawah Tanah (Boring)

Sebahagian kawasan di Kelantan menggunakan air bawah tanah (boring) untuk kegunaan harian. Ini kerana air paip tidak begitu baik kualitinya.

Berita baiknya, Cuckoo juga dapat memasang penapis air jika anda menggunakan air bawah tanah. Asalkan tekanan air adalah mencapai standard yang diperlukan.

7. Servis dan Penyelenggaraan ke Rumah

Apabila tiba masa untuk penukaran filter, servis dan penyelenggaraan, anda tidak perlu bawa penapis air ke pejabat Cuckoo. Tenaga kerja professional Cuckoo yang berpengalaman (Nature Care Service) akan datang ke rumah atau pejabat anda.

Cuckoo mempunyai lebih 2,000 staff terlatih dan mahir untuk membantu anda menyelenggara penapis air supaya sentiasa dalam keadaan baik.

kepuasan pelanggan cuckoo

8. Jaminan dan Penukaran Alat Ganti Percuma

Sepanjang tempoh kontrak, jika ada kerosakan Cuckoo akan buat penggantian secara percuma. Jadi anda tidak perlu bimbang untuk tambah duit bagi kos membaiki kerosakan.

Ini adalah jaminan terbaik dari Cuckoo untuk anda kekal tenang sepanjang menggunakan penapis air ini.

9. Tangki Stainless Steel Anti-Bakteria

Cuckoo menggunakan tangki stainless steel (besi tahan karat) untuk tujuan mencegah pembentukan bakteria dan kulat.

Selain tahan karat, bahan stainless steel ini lebih keras, lasak dan kuat. Ia tidak tercemar oleh bahan makanan. Oleh kerana kuat, tangki ini tahan suhu panas atau sejuk dan pada masa yang sama mudah untuk dibersihkan.

Ia berbeza dengan tangki plastik yang mempunyai risiko adanya BPA (Bisphenol-A).

Keburukan BPA adalah apabila ia tersebar keluar ketika plastik panas akan bercampur dengan makanan atau minuman boleh membawa masalah kesihatan.

10. Tapis 99.99% Bakteria dan Logam Berat

Teknologi penapis air Cuckoo dapat menghasilkan air yang selamat untuk digunakan dengan menapis sehingga 99.99% bakteria dan virus berbahaya.

Logam berat berbahaya seperti plumbum, kadmium dan arsenik pula ditapis oleh Penapis Nano Positif CUCKOO yang mempunyai sehingga 6 tahap penapisan.

Miliki penapis air Cuckoo berkualiti tinggi serendah RM55 sebulan. Dapatkan sementara promosi masih ada. Klik di sini untuk pertanyaan sekarang!

10 Sebab Penapis Air Cuckoo adalah Pilihan Terbaik Keluarga Anda?

Zaini Ismail

Saya membantu anda selesaikan masalah air tidak bersih, masalah udara tercemar untuk keselesaan keluarga. Cuckoo menawarkan produk berkualiti untuk menyelesaikan masalah rumah dan pejabat anda. Hubungi saya di 012-5976720 untuk pertanyaan dan bantuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik untuk Whatsapp Sekarang