Penapis udara Cuckoo dapat membantu menapis pelbagai bendasing. Tahukah anda fungsi jenis filter penapis udara? Artikel kali ini saya akan kongsikan kepada anda.
Setelah penapis (filter) ini menapis dan membuang benda tidak sihat dan berbahaya, penapis udara akan mengeluarkan udara yang bersih, segar dan selamat di dalam rumah.
Penapis udara secara asasnya dapat membuat perkara berikut:
i) Menapis habuk, bulu haiwan dan udara kotor
ii) Membasmi bakteria, kuman dan virus
iii) Menghilangkan bau busuk dan tak menyenangkan
iv) Menghasilkan udara bersih dan sihat.
Jadi, apakah jenis-jenis filter penapis udara yang ada?
1. Pre-Filter (Penapis Hadapan)
Penapis pre-filter berada di bahagian hadapan penapis udara. Apabila udara masuk, ia akan melalui penapis pre-filter sebelum terus ke bahagian filter yang lebih dalam.
Fungsi utama pre-filter adalah menapis habuk besar, bulu haiwan, rambut dan bendasing fizikal yang besar.
2. Harmful Gas Relax Filter (Penapis Gas Berbahaya)
Penapis ini menapis dan menyingkirkan gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.
Walaupun tidak berwarna tetapi gas sulfur dioksida adalah beracun dan berasid. Gas ini jika bercampur dengan air hujan akan menyebabkan hujan asid.
Paling menakutkan, gas sulfur dioksida boleh memberi kesan buruk kepada sistem pernafasan.
Gas ini boleh terhasil daripada:
i) Pembakaran bahan api seperti petroleum merupakan sumber utama sulfur dioksida
ii) Gas yang terhasil daripada buangan dari kilang-kilang
iii) Barang-barang yang dibakar seperti seperti rayon
Gas nitrogen dioksida pula berwarna perang dan ada bau tajam seperti klorin. Gas ini boleh menyebabkan pening kepala, sakit kepala dan batuk yang teruk.
Dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti gas, arang batu dan minyak seperti asap dari ekzos kenderaan. Juga boleh dihasilkan dari baja nitrogen untuk pertanian.
3. Deodorisation Filter (Penapis Bau)
Tugas utama penapis ini adalah menghapuskan gas ammonia, asetaldehid, asid asetik, gas berbahaya dan
bau yang tidak menyenangkan.
Kesan keracunan gas ammonia boleh membawa kepada sakit kepala, batuk, gatal mata dan hidung.
Asetaldehid biasa digunakan sebagai pelarut dan agen penurunan. Pada 2021, Singapore’s Health Science Authority (HSA) pernah menarik beberapa pembasmi tangan (hand sanitizer) kerana mengandungi asetaldehid.
Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kanser, masalah paru-paru dan kerengsaan kulit (iritation).
Asid asetik atau cuka diketahui mempunya bau yang kuat dan tajam. Disebabkan itu, ia boleh mencuci jubin dan singki. Bayangkan!
Jika berada dalam kepekatan tinggi, asid asetik ini boleh sebabkan kemudaratan pada kulit jika disentuh.
4. True HEPA Filter (Penapis dengan Kecekapan Tinggi)
HEPA (High-Efficiency Particulate Absorbing) filter bermaksud penapis dengan kecekapan tinggi boleh menapis dan membuang zarah bersaiz sangat kecil (micron).
Penapis ini digunakan dalam persekitaran perubatan (klinik, hospital, dewan bedah), industri farmaseutikal, kemudahan nuklear, rumah dan pejabat.
Penapis udara Cuckoo mempunya dua jenis penapis HEPA filter mengikut model iaitu:
i) True Hepa Filter H13 – Ada pada R-Model, K-Model dan D-Model,
II) True HEPA H14 – Ada pada B+Model, C-Model dan C+ Model,
“Penapis (HEPA) hendaklah mempamerkan kecekapan minimum 99.97% apabila diuji dengan aerosol berdiameter 0.3 mikrometer.”
Piawaian Teknikal Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (DOE)
Ini ialah standard untuk penapis True HEPA. Ringkasnya, American Society of Heating, Refrigerating, and Air Conditioning Engineers (ASHRAE) mengukur sejauh mana penapis menangkap zarah udara bersaiz 0.3 mikron.
Ini adalah saiz zarah paling tembus (most penetrating particle sizes) dan digunakan sebagai titik rujukan untuk penapis udara zarah yang cekap.
Berikut ialah piawaian prestasi untuk penapis HEPA H13 dan H14:
Penapis H13 HEPA mampu menangkap 99.97% zarah udara 0.3 mikrometer. Penapis H14 HEPA mampu menangkap 99.99% zarah udara 0.3-mikrometer. Sangat kecil dan tak boleh nampak dengan mata kasar.
Ada orang cerita berkenaan zarah PM2.5, apa tu?
PM2.5 merujuk kepada bahan zarah atmosfera (particulate matters) yang mempunyai diameter kurang daripada 2.5 mikrometer, iaitu kira-kira 3% diameter rambut manusia.
Zarah PM2.5 mungkin masuk ke dalam paru-paru dan jantung.
Jika anda memerlukan penapis udara gred hospital, dapatkan penapis udara sekurang-kurangnya ada HEPA H13.
Baca: Jenis-jenis Model Penapis Udara dari Cuckoo
Kesimpulan Untuk Filter Penapis Udara
Amat penting kita mengetahui jenis filter yang ada dalam penapis udara. Ini supaya kita dapat penuhi keperluan yang kita inginkan.
Nak cari penapis udara untuk rumah yang best dan terbaik? Hubungi saya, klik link Whatsapp di sini. Respon pantas!